Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepaskan penat sehingga terasa sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara itu anak-anak dan isteriku sedang berkumpul di ruang tamu. Dalam keletihan tersebut, aku disegarkan oleh angin dingin yang menghembus tepat ke mukaku. Selang beberapa lama seorang tua yang tidak nampak mukanya berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba-tiba sudah berdiri di hadapanku.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat aku bertanya, tiba-tiba dadaku terasa sesak dan sukar untuk bernafas, namun aku berusaha untuk menghirup udara seperti biasa. Aku rasakan pada waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan dari kaki hingga ke dadaku dan terus ke kerongkongku. Amat sakit dan perit rasanya sehingga terkeluar air mataku.
Oh Tuhan apakah yang telah berlaku pada diriku ?! Dalam keadaan yang masih sukar bernafas, benda yang terasa berjalan tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku. Kerongkongku berbunyi dan kesakitan itu seakan-akan membunuhku. Aku seolah-olah tidak mampu untuk menahan paksaannya. Badanku gementar dan peluh keringat meluncur deras dengan mataku terbeliak bersama air mataku mengalir seolah-olah tidak mahu berhenti. Tangan dan kakiku kejang setelah benda itu meninggalkan tubuhku. Aku hanya mampu melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu pergi dan berlalu begitu saja dan terus hilang dari pandangan.
Namun selepas itu aku merasa jauh lebih ringan, sihat, segar, cerah dan tidak seperti biasanya kepenatan. Aku kehairanan melihat isteri dan anak-anakku yang berada di ruang tamu, tiba-tiba terkejut berlari ke arahku.. Di situ aku melihat ada sekujur tubuh kaku berada di atas sofa yang kududuki setiba balik dari pejabat tadi. Badannya dingin dan kulitnya pucat membiru.
Siapa dia... ?! Mengapakah anak-anak dan isteriku memeluknya sambil menangis sambil menjerit seolah-olah terkena histeria bagaikan tidak mahu melepaskan tubuh yang terbujur tadi. Siapakah dia?! Betapa terkejutnya aku ketika tubuhnya dibalikkan. Wajahnya mirip wajahku. Ya Allah...! Apakah sebenarnya semua ini ?!
Aku cuba untuk menarik tangan isteriku tapi tidak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul anak-anakku tapi tidak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini. Aku mula berteriak sekuat-kuatnya tetapi mereka macam tidak mendengar jeritanku. atau pun melihatku. Dan mereka terus-menerus menangis. Dan kini kusedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Rupa-rupanya aku telah mati…!!! Aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka dan tidak kuasa aku menangis atau berteriak. Aku tidak tahan melihat mereka menangisi mayatku.
Aku begitu sedih kerana selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku untuk bersama-sama mereka telah habis dan masaku untuk semua itu telah terlewat. Aku sudah ke hadrat-Nya pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja mencari rezeki untuk menyara mereka di bawah jagaanku. Sesungguhnya, jika aku tahu aku akan mati, aku akan membahagikan waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dan lain-lain.
Kini, aku menyesal, aku lambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum bersolat. Ya Allah, JIKA Engkau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca emel ini, sungguh bahagia sekali kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa dan berbuat kebajikan sehingga apa,bila maut menjemputku kelak aku telah berada dalam keadaan yang lebih bersedia. aku
Wahai sahabat sekalian, sebarkan bingkisan dakwah ini kepada rakan-rakan kita yang lain dengan ikhlas selagi masih ada kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih. Jika ini dilakukan, insya-Allah akan menuai kebaikan.
Mari kita berlumba-lumba dalam mengerjakan kebajikan.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan