Isnin, November 23, 2009

Satu Bingkisan Keinsafan

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepaskan penat sehingga terasa sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara itu anak-anak dan isteriku sedang berkumpul di ruang tamu. Dalam keletihan tersebut, aku disegarkan oleh angin dingin  yang menghembus tepat ke mukaku. Selang beberapa lama seorang tua yang tidak nampak mukanya berjubah putih

Sabtu, November 21, 2009

Perkara Utama Perosak Hati



1. Tidur dan bangun terlalu lewat merupakan penyebab utama.
2. Tidak berkencing pada waktu pagi.
3. Terlalu banyak makan.
4. Tidak bersarapan
5. Mengambil terlalu banyak ubat.
6. Mengambil terlalu banyak pengawet, perisa, pewarna, dan pemanis tiruan.

7. Mengambil minyak masak yang tidak selamat.
Seboleh mungkin kurangkan penggunaan minyak masak ketika menggoreng termasuklah minyak masak yang sihat seperti minyak zaitun. Janganlah mengambil makanan

Tabiat Yang Merosakkan Otak


1. Tidak Bersarapan
Mereka yang tidak bersarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah rendah. Ini mengakibatkan kekurangan nutrien dibekalkan yang akan mengurangkan keupayaan otak untuk bekerja.
2 . Makan Berlebihan=2 0
Boleh menyebabkan pengerasan arteri pada bahagian otak yang mengakibatkan keupayaan otak menurun.
3. Merokok
Boleh menyebabkan pengecutan otak yang berganda dan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.
4. Pengambilan Gula yang Tinggi
Terlalu banyak gula akan menjejaskan penyerapan protein dan nutrien yang akan menyebabkan pemakanan tidak seimbang dan mengganggu pertumbuhan otak.
5. Pencemaran Udara
Otak merupakan pengguna oksigen yang terbesar di dalam tubuh. Menyedut udara yang tercemar menurunkan kadar oksigen yang dibekalkan ke otak dan seterusnya dapat mengurangkan keupayaan atau keefisienan otak.
6 . Tidur Yang Tidak Cukup
Tidur yang mencukupi membolehkan otak berehat manakala tidur yang tidak mencukupi boleh meningkatkan jumlah sel-sel otak yang mati.
7. Kepala Tertutup Ketika Tidur
Tidur dengan kepala tertutup meningkatkan kadar karbon dioksida dan mengurangkan kadar oksigen yang boleh menyebabkan kesan kerosakan pada otak.
8. Menggunakan Otak Semasa Kurang Sihat
Bekerja keras dan belajar ketika kurang sihat akan menjejaskan keberkesanan otak untuk bekerja dan pada masa yang boleh merosakkan otak.
9. Kurang Merangsang Minda
Berfikir adalah cara yang terbaik untuk melatih otak dan kurang melakukan rangsangan kepada otak akan menyebabkannya semakin mengecut.
10. Jarang atau Kurang Bercakap
Perbualan secara intelektual akan meningkatkan keupayaan otak. 

Wallahu a'lam

Anak Si Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan lebuh raya PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Muar.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaannya.

"Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tetapi cuma setakat di kaki lima . Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya membuka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi telah berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan kepadanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur.

Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi kepada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawab pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Emak marah kalau dapat tahu saya mengemis. Kata emak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat kepada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, emak pasti marah. Kata emak, mengemis kerja orang yang tidak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuih ke dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Kisah Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua-dua telinga, tetapi walau pun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Pada suatu hari, dia hendak mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temu duga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Pada akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tidak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik daripada calon pertama tadi. Pada akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya kepada calon pertama.

"Awak nampak tidak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya ...saya hairan bagaimanakah tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan daripada perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walau pun masih muda, dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tidak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasaannya daripada tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walau pun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimanakah awak tahu ?" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan geli hatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,

"Dah tentu tuan tidak boleh memakai cermin mata sebab tuan tidak ada telinga, hendak sangkut pada mana."

Biar susah, jangan menyusahkan. .

Lawak Berapa Banyakkah ?

Bayangkan benda ini berlaku pada anda...
         Pada suatu hari ketika bersolat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa-apa kecuali dua biji mata dan membawa mesingan  lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
         "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu sekarang."
        Selepas mendengar amaran lelaki itu maka bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Lebih kurang 20 orang daripada jumlah yang 1,000 tadi tinggal yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu.
         Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
         "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat" sambil kedua-dua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersolat Jumaat berjemaah.

         Bagaimana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...:
          "Lawakkan, daripada 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 20 orang sahaja yang betul-betul beriman ? "
          "Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH apabila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesingan dan mereka tidak kata pun nak bunuh, tetapi generasi sekarang amat lemah. Baharu kena ugut terus lari lintang pukang. dan lalu lupa yang mereka belum bersolat Jumaat lagi."
          "Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun bila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka kepada orang kampung dan ada yang lebih dashyat dua kali setahun sahaja iaitu ketika bersolat sunat hari raya. Itu pun kalau betul fiilnya."
         "Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang dituliskan oleh suratkhabar dan media massa daripada apa yang tercatat dalam al-Quran"
          "Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tetapi masih tetap berlumba-lumba mengejar dunia."
          "Lawakkan, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH mengatakan tiada cukup masa."

          Dan lebih lawak lagi, apabila kita boleh pos banyak thread atau emel yang berunsur lawak jenaka dan lucah kepada semua rakan tetapi merasa berat hendak berkongsi dan hantar artikel-artikel yang berunsur agama.
          Lawak kan??? Kenapa gelak ? Itukan realiti... tetapi yang paling lawak, berapa orangkah selepas membaca artikel ini akan menyampaikannya kepada orang lain ? Berapa orangkah yang akan membuka thread ini untuk meluangkan masa dengan membaca? Berapa banyak????


Wallahu a'lam...

Jumaat, November 20, 2009

Mengapa Yahudi Bijak ? (Bahagian 2)

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genus, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab).. Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genus dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sejak awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang (semacam senaman untuk otak), sebab itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Dalam pemerhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, jauh lebih berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain daripada pelajaran tadi, sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah), di sini murid-murid ditekankan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walau pun kadang kala kelihatan lucu dan mengarut, tetapi apabila diteliti dengan serius apatah lagi sekiranya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi seperti Politeknik dan Universiti. Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan. Pada akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan hanya akan lulus jika kumpulan (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia!

Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ia dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini dapat merangsangkan otak supaya bertambah aktif.

Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan itelah menjadi adat atau budaya mereka. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah secara kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, komputer Dell Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus-ratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dalam persatuan dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, tetapi memerlukan masa, mungkin beberapa generasi ? Persiapan awal adalah ketika ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berkhasiat untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik untuk pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga dengan sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh/lembap) dan sudah tentu genus bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7, bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Di Israel merokok dianggap begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walau pun hakikat nya Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi lembap, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja di Indonesia, jika anda ke Jakarta, ke mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana?

Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka dalam pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ini memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 mukasurat penuh. Karangannya hanyalah tentang "Mengapa saya gemarkan tomato." Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon "

Mengapa Yahudi Bijak ? (Bahagian 1)


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara menarik yang dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak ?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dalam segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, Yahudi memang tersohor.
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, bidang kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar ?
Mengapakah Tuhan memberi kelebihan kepada mereka ? Apakah ini suatu kebetulan ? Atau olahan manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana ? Seperti kilang pengeluaran ? Maka saya pun tergerak untuk membuat tesis PhD. saya, di samping kebaikan untuk sarwa jagat dan agar dapat hidup secara harmoni.
Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain di dunia.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang tidak dapat diselesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya dapat membantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otaknya semoga menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya.


Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan untuk tengah hari makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau, ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan menjadi semacam kewajipan untuk ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.

Setiap undangan yang sama, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah.

(...bersambung)


Isnin, Julai 13, 2009

Mengapakah Perlu Bersolat ?

مُرُوْا أَوْ لاَدَكُمْ بِالصَلاَةِ لِسَبْعٍ وَاضْرِبُوْ هُمْ عَلَيْهَا لِعَشْرٍ
"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun dan pukullah dia apabila tidak mengerjakan solat ketika berusia 10 tahun. (Hadis Nabi)

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَ تِهِمْ خَاشِعُون
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya

وَالَّذِينَ هُمْ عَلَى صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ (9) أُولَئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ (10) الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
Dan orang-orang yang memelihara solatnya Maka itulah orang-orang yang akan mewarisi (iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdausi; mereka kekal di dalamnya.

وَأَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar.” (Ankabut:45)

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Sesungguhnya solat adalah satu ketetapan berwaktu yang diwajibkan ke atas orang-orang mukmin.” (an-Nisaa’:103)

Solat atau sembahyang itu Tuhan yang menetapkan rukun-rukunnya. la bukan ciptaan manusia, bukan direka-reka atau dibentuk oleh manusia. Kalau difahami dan dihayati, sembahyang itu hebat. Kita akan dapat rasa bahawa Tuhan itu hebat. Kita akan dapat bersandar kepada kehebatan-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan macam mana wujudnya tetapi terasa wujud-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kuasa-Nya. Terasa kita kesempurnaan Tuhan. Kita boleh minta apa sahaja dari Tuhan. Tuhan sedia melayannya.
Solat itu adalah satu modul yang Iengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung. Boleh timbul berbagai kekuatan bagi individu atau sesuatu bangsa hasil dari solat dengan syarat ada ilmunya, faham dan solat itu benar-benar dijiwai dan dihayati.
Berikut adalah beberapa contoh bagaimana solat dapat membina sifat-sifat yang positif:
1. Rajin
Sifat yang berlawanan dengan rajin ialah pemalas. Pemalas sangat dibenci Tuhan. Untuk menjadi bangsa yang kuat, kita kena rajin. Sifat rajin tidak boleh dilakon-lakon atau dibuat-buat. Mesti ada pemangkin atau pendorong yang bersifat rohaniah. Dalam sembahyang kita memuja dan memuji Tuhan. Kita kata Tuhan Maha Besar. Kita akui Tuhan Maha Suci. Kita akui Tuhan pentadbir dunia dan Akhirat. Hati kita rasa bertuhan, rasa Tuhan itu besar. Kita rasa Tuhan Maha Melihat, Tuhan itu ada dan Tuhan sentiasa berperanan dalam hidup kita. Kita juga membuat janji dan ikrar bahawa semua solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Tuhan. Solat dan ibadah dipisahkan walhal solat pun ibadah juga. Itulah tandanya solat itu ibadah yang penting, utama dan pertama dari ibadah-ibadah yang lain sama ada yang wajib atau yang sunat. Kita bertungkus-lumus membuat semua ibadah.
Hidup dan mati itu pula merangkumi aktiviti yang tidak ditentukan. Boleh jadi ianya perkara ibadah, boleh jadi tidak. Makan, rehat dan tidur boleh dijadikan ibadah ataupun tidak. Kita berikrar, perbuatan yang harus pun hendak kita jadikan ibadah. Jadi mana boleh rehat-rehat. Kita kena aktif, sentiasa bertenaga dan bergerak. Inilah dia perkara dalam solat yang membuatkan kita cergas dan aktif, rajin dan sentiasa bergerak. Segala macam perkara yang jadi ibadah kita buat. Perkara yang harus pun kita jadikan ibadah. Maknanya solat itu membunuh kemalasan. Kalau sesuatu kelompok itu ibadahnya banyak, baca Quran banyak, wirid dan zikir banyak, kita kata mereka hebat. Itu sebenarnya satu salah tafsir. Kita sangka mereka baik sebab mereka tidak tegur orang dan hanya beriktikaf sahaja. Tapi mereka tidak rajin dan tidak berkhidmat kepada masyarakat.
Di sini konsep ibadah itu sudah silap. Itu menunjukkan mereka hanya ada ilmu tetapi tidak faham dan ilmu itu tidak dihayati. Pada orang ramai, mereka orang baik. lni satu kesalahan yang besar. Orang yang baik itu bukan setakat boleh beribadah dan tidak mengganggu orang. Orang yang baik itu, selepas ibadah mesti aktif dan mesti berkhidmat kepada orang lain dengan tenaganya, nasihat dan wang ringgit.
Ada Hadis yang bermaksud: "Yang paling baik di antara kamu ialah kamu yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain."
Sebab itu para salafussoleh, kerana ibadah mereka dihayati dan berperanan pada diri mereka, kalau selepas waktu Subuh, walaupun mereka tidak ada kerja yang khusus, mereka sengaja keluar cari-cari pasal (untuk buat kebaikan) dan cari-cari kerja. Mereka pergi tolong petik gandum, tolong mencangkul tanpa disuruh atau diminta. Kalau mereka melihat ada rumah yang bumbungnya bocor, mereka minta izin tuan rumah untuk membaikinya. Inilah solat yang melahirkan orang yang aktif. Tapi hari ini, orang banyak solat, banyak ibadah, tetapi mereka jadi beku dan jumud. Bahkan nasib mereka pun ditentukan oleh orang lain. Bukankah ini satu kesilapan yang besar. Hanya kerana mereka itu nampak lembut, tidak ganggu orang, kuat ibadah, maka orang anggap itu baik dan bagus. Orang yang kuat hubungannya dengan Tuhan, dia mesti banyak berhubung dengan manusia. Orang yang banyak berkhidmat dengan Tuhan mesti banyak berkhidmat dengan manusia. Kalau betul takut dan cinta Tuhan, akan bertambah cinta kepada manusia. Itulah sepatutnya natijah atau hasil dari solat.

2.Berjiwa Besar
Hasil dari solat ialah rasa beriman dan bertakwa. Kalau itulah yang kita rasa maka akan timbullah rasa berjiwa besar. Sebab orang yang beriman dan bertaqwa itu Tuhan kata, "Dia orang Aku." Kalau seseorang itu sudah menjadi orang Tuhan, Tuhan janjikan untuknya berbagai-bagai perkara dan Tuhan tidak, mungkir janji. Janji Tuhan pasti Tuhan tepati. Apakah janji Tuhan kepada orang mukmin, orang bertaqwa dan orang yang sudah menjadi orang Tuhan? Tuhan janjikan kepadanya:
keselamatannya; kewangannya; kehidupannya; kepandaian; kemenangan; dan, Tuhan bertanggungjawab dan akan mengalahkan musuh-musuhnya Tuhan mempunyai ramai rijal yang ghaib. Angin, air dan bermacam-macam lagi adalah tentera-tentera Tuhan. Tuhan boleh arah mereka bertindak. Kalau begitulah keyakinan kita hasil dari solat, maka dari solat itulah kita akan beroleh jiwa yang besar.
Orang yang sudah jadi orang Tuhan, ada sesuatu yang paling besar pada dirinya yang tidak ada pada ciptaan lain. Orang tengok gunung, tidak ada yang masuk Islam. Orang tengok laut, tidak ada yang menangis kerana merasa insaf dengan kebesaran Tuhan. Tetapi dengan melihat orang Tuhan dan orang yang bertaqwa, manusia boleh masuk Islam tanpa banyak hujah. Bila tengok sahaja orang bertaqwa, tergerak hati mereka hendak bertaubat kepada Allah.
Orang bertakwa itu adalah ciptaan Tuhan yang paling hebat. Orang boleh terpukau dengannya. Dia pemaaf, berkasih sayang, suka mengutamakan orang lain, belas kasihan dan kalau ada orang buat jahat padanya, dibalasnya dengan kebaikan. Dia tidak boleh tengok orang susah. Pasti dibantunya. Orang yang berjiwa besar sentiasa mahu melahirkan tanda kebesaran Tuhan pada dirinya. Tuhan Maha Pemurah, dia pun mahu jadi pemurah. Tuhan buat baik pada orang yang buat jahat pada-Nya, dia pun mahu buat balk pada orang yang buat jahat padanya. Betapa tidak, orang sekutukan Tuhan, maki Dia, mengata Dia, tolak suruhan-Nya, tidak solat, berjudi, minum arak tapi Tuhan tetap layan mereka. Tuhan tetap bagi makan minum, anak dan isteri kepada mereka. Maha Besar Tuhan yang menghadiahkan solat. Siapa yang menghayatinya, dia akan berjiwa besar. Bangsa yang menghayatinya akan menjadi bangsa yang berjiwa besar.
3.Berani
Dalam solat, ada ubat atau pil untuk menjadikan orang penakut itu berani. Malahan sebelum mengangkat takbir solat pun, sudah dirasakan betapa hebatnya kekuasaan Tuhan dan betapa lemahnya makhluk ini. Datang kesedaran bahawa makhluk tidak ada kuasa langsung. Malaikat, jin, harimau dan manusia lain semuanya setaraf, setitik pun tidak ada kuasa dan kekuatan. Cuma kalau ada perbezaan antara satu sama lain adalah kerana Tuhan bagi sedikit kelebihan kepada dia. Tuhan bagi kelebihan tidak sama kepada setiap makhluk. Yang kuat dan berkuasa itu Tuhan, bukan makhluk. Bukan malaikat, bukan jin, bukan manusia dan bukan harimau. Yang patut dan layak ditakuti ialah Tuhan. Bila Tuhan sebenar-benarnya ditakuti, maka akan lenyaplah takut dan akan timbullah rasa berani terhadap sesama makhluk. Ini termasuk juga takut kepada miskin, sakit, hilang pangkat dan jawatan, hilang pengaruh, mati dan sebagainya.
Kalau kita sedar semua itu adalah dari Tuhan, maka takut kita itu akan berpindah dari perkara-perkara tersebut kepada Tuhan. Begitu juga rasa takut kepada bencana alam seperti banjir besar, gunung berapi, gempa bumi dan wabak penyakit. Tuhan kata jadi maka jadilah. Tuhan kata tidak maka tidaklah. Akan datang rasa takut kepada Tuhan lebih dari takut kepada bencana alam itu. Takut pada Tuhan itu adalah takut yang hak dan mesti dikekalkan. Takut pada makhluk adalah takut yang batil. la mesti dibuang.
4.Disiplin
Dalam solat kita berikrar dan berjanji bahawa hidup dan mati kita pun untuk Tuhan. Kalau pengakuan macam ini boleh dibuat dan dihayati dengan sepenuh hati, kita akan jadi seorang manusia yang penuh disiplin. Kalau satu bangsa boleh buat pengakuan yang seperti ini, maka bangsa itu akan menjadi satu bangsa yang berdisiplin. Bila disebut mati, semua orang yakin akan mati. Bila mati ertinya kembali kepada Tuhan. Kembali ertinya pulang ke tempat asal. Maksudnya, asal kita adalah dari Tuhan. Datang dari Tuhan, kembali pun kepada Tuhan. Maka perlulah kita hidup dan mati kerana Tuhan. Bila datang dari Tuhan dan kembali pun kepada Tuhan maka mesti ada jalan dari dan kepada Tuhan. Bila hidup dan mati kita ikrarkan untuk Tuhan maka sudah tentu kita akan ikut jalan ini. Jalan ini ialah syariat Tuhan. Kita akan ikut syariat Tuhan.
Taat dan patuh kepada syariat ini ialah disiplin. Disiplin termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sebaliknya, bangsa yang tidak berdisiplin, siapa sahaja yang melihat akan mentertawakan bahkan akan memperlecehkan mereka. Tidak ada disiplin di sudut manapun akan jadi bahan kelakar bagi orang Yahudi. lni dapat kita lihat pada bangsa yang di Timur Tengah. Mereka sungguh tidak berdisiplin. Naik baspun berebut-rebut, tidak tahu hendak beratur. Itu sebab bangsa Yahudi tidak hormat, tidak takut dan tidak gerun dengan mereka. Itu sebab Yahudi berani memperkotak-katik dan menzalimi mereka.
5.Sabar
Sabar juga termasuk ciri satu bangsa yang agung. Sifat sabar Iebih utama bagi pemimpin. Oleh itu sifat sabar yang tertinggi dihadiahkan Tuhan kepada pemimpin, kepada para rasul terutamanya yang Ulul `Azmi. Sabar adalah syarat utama bagi seorang pemimpin. Dalam solat ada ubat dan pil untuk menjadikan seseorang itu penyabar. Sebelum kita mulakan solat pun sudah ada didikan untuk kita bersabar sama ada kita sedar ataupun tidak, sebab hendak solat bukannya senang, Iebih-Iebih lagi bagi orang yang belum khusyuk. Hendak solat pun satu ujian. Bukan senang hendak bangun tidur di waktu pagi untuk solat Subuh. Sebab itu, sesetengah orang dia duduk-duduk dulu. Dia menung dulu. Mengenangkan terpaksa ke bilik air. Kalau tidak sabar, kita tidak akan boleh buat. Kalau tidak sabar, boleh jadi kita akan tidur semula.
Sebelum solat pun sudah perlu banyak sabar. Dalam solat Iebih-Iebih lagi. Bila kita sebut: "Maliki yau middin" yang bermaksud: "Tuhan yang memerintah pada hari Akhirat" ia jadi pemangkin untuk kita bersabar. Bersabar melaksanakan segala suruhan Tuhan. Bersabar meninggalkan segala larangan Tuhan kerana takutkan Neraka dan inginkan Syurga-Nya. Biarlah bersusah-susah sedikit. Biarlah sakit sedikit. Biarlah tidak dapat mengikut kehendak nafsu asalkan di Akhirat kita selamat. Dengan itu ia memudahkan kita untuk bersabar. Samalah dengan orang yang mengejar dunia.
Hendak sekolah bukan seronok. Hendak belajar bukan senang. Hendak masuk universiti bukan mudah. Tetapi demi untuk menjadi pandai, supaya dapat kerja dan jawatan yang tinggi, bersusah payah pun dibuat juga. Orang boleh bersabar menghadapi apa yang dia benci, apa yang dia tidak suka dan apa yang menjemukannya, asalkan matlamat dan cita-citanya tercapai.
Wallahu a'lam

Dajal Oh Dajal Laknatullah...

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yang diangkat oleh Allah swt ke langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga diturunkan semula ke muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al-Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat.

Dajjal; ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang dukun Yahudi yang dikenali dengan panggilan “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Dia hidup pada zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Nabi Sulaiman telah menangkap dan memenjarakannya. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:
Hadis daripada Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, antaranya: Seorang yang kelihatan masih muda; berbadan besar dan agak kemerah-merahan; rambutnya keriting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan ankayu yg rimbun. Dan tandanya yang paling ketara ada dua, iaitu, pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat. Kedua: Tertulis di dahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat sahih yang disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan dijaga oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis tentangnya.. (tetapi terlalu panjang untuk ditulis.. Anda boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah swt untku keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah memulakan cabarannya kepada umat ini , selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan seminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Pada hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya solat sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap solat..”Maksud sabda Rasulullah saw, ini ialah agar kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasa yang kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas solat Subuh pada hari itu maka masuklah waktu solat Zuhur, maka hendaklah kita solat Zuhur, dan apabila telah berlalu selepas solat Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita solat Asar. Begitulah seterusnya waktu solat Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa setahun dan bilangan solat pun pada sehari itu sebanyak bilangan solat setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt untuk menguji umat ini. Oleh itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya. Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Pada saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, dan akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal..mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.

Dan ada diriwayatkan tentang penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?”Nabi menjawab: ”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” (H.R Ibnu Majah)

2. Antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama-sama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik daripada apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan syurga itu sebenarnya neraka dan apa yang dikatakannya neraka itu adalah syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan negeri-negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanj anet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: ”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” (H.R Muslim)
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan syaitan-syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

Wallahu a'lam.


Rabu, Julai 08, 2009

Bibliografi Tanah Merdeka

Lahirmu dengan aksara M.A.L.A.Y.A.
Penuh ceria dan gah
Martabatmu tinggi dan penuh mewah
Melambai tangan-tangan rakus asing
Meragut dan merobek keayuanmu.

Titis demi titis
Tinta merah pribumi mengalir hiba
Lantaran racun penjajah yang durjana
Tapi mata anak-anakmu longlai tidak bermaya.

Atas bara api kesedaran yang membuak
Tumbuh buluh runcingan memagari bumi ini
Bersama nadi dan famili
Dengan laungan kalimat,
‘BUMI INI MILIK KAMI!’.

Diari penuh keperitan,
Penuh kesengsaraan lagi derita
Menjadi pembakar jiwa dan nurani
Membangun kembali tanah ini
Agar mampu tegak dan ampuh berdiri.

Sinar hijri 4 Safar 1377
Gandingan tanggal keramat masihi 31 Ogos 1957
Satu lagu laungan bernada lantang
Telah memadam padang penjajahan
Telah memadam api penindasan
Telah mencantas pohon kehalobaan
Telah meruntuh tembok keegoan
Menjadi taman kemerdekaan
Dengan nama yang bersemarak M.A.L.A.Y.S.I.A.
Dan lagu ngeri itu telah dimatikan.

Hasil sentuhan seniman yang berjiwa merdeka,
Flora konkrit menjadi tanaman komoditi,
Fauna teknologi bebas berkeliaran ,
Kini anak watanmu
Bisa tersenyum,
Kini anak watanmu,
Bisa berpesta,
Kini anak watanmu,
Gah berlari bersama minda jaya
Pada hamparan dunia milik Ilahi.

Kini tangan kesyukuran ditadahkan
Agar bibliografi silam
Yang penuh kedukaan
Yang penuh kesedihan
Yang penuh kengerian
Tidak akan bertandang dan berulang.

Abadikan laungan
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Nukilan Patriotik : Pak Ngah
29 Ogos 2004

Anak Watan Tercinta

Anak watan tercinta,
Walaupun ditimbus runtuhan Kota Melaka,
Kalimat berdaulat,
Datuk Laksamana Hang Tuah,
Masih meniti di bibir,
Masih tersemat dihati,
Masih terpahat di arkib bumi,
Untuk menilai potret merdeka ini.

Anak watan tercinta,
Haruman bunyi laungan merdeka,
Terbit dari bibir ayahanda tercinta,
Menitik noktah bicara angkuh,
Membidas hujah dendangan nista,
Meraut wajah ceria anak merdeka.

Anak watan tercinta,
Merdekakah kita
Jika agama tidak dibela ?
Merdekakah kita
Jika minda masih terjajah ?
Merdekakah kita
Jika tari laku tiada sahsiah ?
Merdekakah kita
Jika budaya diri disanggah ?
Merdekakah kita
Jika pemimpin minta disembah ?

Anak watan tercinta,
Andai ukiran masih bernada nista,
Layakkah kita mendabik dada merdeka,
Di suaka bumi tercinta ini,
Yang masih berbumbungkan,
Kajang celaka hak milik mereka.

Anak watan tercinta,
Jeritlah laungan keramat merdeka,
Dengan lantang dan penuh gah,
Andai agama terbela,
Andai minda mampu menerjah,
Andai tari laku bermaruah,
Andai budaya diri berdiri megah,
Andai pemimpin berhikmah.

Anak watan tercinta,
Jangan biarkan kita terus bertatih,
Meniti jambatan kehidupan,
Mendaki puncak teknologi,
Merenangi lautan globalisasi,
Terentang, terbentang, terpacak,
Bersama duri diskriminasi.

Anak watan tercinta,
Biarlah kita bermula dengan telentang,
Terus meniarap,
Terus merangkak,
Terus bertatih,
Terus berjalan,
Dan terus berlari,
Di bumi tercinta,
Bersulam kalimat keramat tersohor,
M.E.R.D.E.KA.

Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !

Nukilan Patriotik : Pak Ngah
12 Ogos 2005

Sentuhan Sakti Seorang Lilin

Muhammad Ibni Abdillah,
Junjungan besar berpesan:

Anak-anak itu ,
Umpama bentangan putih tanpa kelaran,
Meniarap, merangkak, menatih,
Meniti bilah-bilah hari mendatang,
Dalam ketandusan sinar bintang kehidupan,
Menunggu sentuhan sakti seorang lilin sejati.

Bermula jeritan puisi megah si Jalak,
Bangun seorang insan kerdil seorang lilin,
Melangkah sujud bersama alunan iman dini hari.

Cahaya dari ufuk timur,
Merempuh titisan embun pagi,
Bersama langkah semangat seorang lilin,
Bersulamkan akal bestari,
Berbungakan hati budi,
Berbuahkan azam hakiki,
Mengikis lapisan kedayusan diri putik insani.

Sentuhan sakti seorang lilin,
Bersama rasa kasih di hati,
Bijak mengatur tari dan nyanyi,
Mengukir arca insan yang belum mengerti,
Tentang hakikat diri,
Tentang martabat diri,
Tentang haluan diri,
Dan tentang erti hidup ini.

Sentuhan sakti seorang lilin,
Bersama titisan keringat semangat,
Tanpa berjurikan habuan,
Menabur benih-benih keinsanan,
Dalam diri anak bangsa.

Kita surih madah seorang pujangga,
Ternukil dalam untaian aksara puitisnya,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Kini,
Sentuhan sakti seorang lilin,
Kian pudar dipersadakan,
Lantaran tusukan racun berbisa,
Lantaran kedewasaan dunia,
Lantaran hasutan musuh durjana,
Mengaburi dalamnya lautan jasa,
Sentuhan sakti seorang lilin.

Nukilan : Pak Ngah
12 Mei 2005

Pesanan Untuk Anak Didik Tercinta

Bilah-bilah hari berlalu
Terperosok bangsaku
Bersama detik jam berlari
Terkelu lidah tanpa kata-kata

Mana pergi nusaku
Menerjah arus saki baki kehidupan
Teraba-raba mencari identiti diri
Mengeja pantas kemerdekaan
Tapi kelu lidah haram jadah
Minda mengakses nikmat madu kemerdekaan.

Mata masih buta membeza
Antara dosa dan agama
Antara Toyota dan Waja
Antara CD lucah dan budi bertatah
Antara ecstacy dan mentaliti diri
Antara selamat dan mudarat
Antara nafsu dan hati
Antara fantasi dan realiti
Angkara alpa kelibat kononnya merdeka.

Di medan pusaka ad-din yang syumul ini
Kaugegarkan buana dengan ikrar keramat
Innassolati wanusuki wamah yaa yaa
Wa mamaa ti lillahi rabbil ‘alamiin
Tetapi hanya dipinggir dusta lidah bercabang
Dimuntah hati yang benci
Dipagari bujukan musuh temurun
Bapa kita Adam alaihissalam.

Janganlah
Janganlah hendaknya
Alunan Kau di puncak gemilang
Meniti di bibir munafik
Menjadi siulan di mulut hipokrasi
Menjadi paparan di mata tanpa visi
Sekadar menyenangkan hati
Tapi muflis personaliti
Serta wandu peribadi

Mana anak nusaku
Hilang dalam deretan kibaran jalur gemilang
Masih tercari dengan longlai
Mutiara nikmat merdeka
Bersama halwa manisan minda merdeka
Masih bertempik alunan lagu kecundang
Aku akan tetap jadi petani
Aku akan tetap jadi buruh kasar
Aku akan tetap jadi nelayan
Aku akan tetap menagih kasihan
Biar kais pagi makan pagi
Biar kais petang makan petang
Persetankan dengan pengetahuan
Pedulikan dengan kecemerlangan
Natijah berbekalkan azimat keparat
Ulat dalam batu lagikan hidup.

Anak-anak buah hati pengarang jantung
Janganlah leka berenang di lautan selesa
Bangkit dan sedarlah
Bumi merdeka ini
Dahagakan belaian ilmuan sarwa
Rindukan madah lidah pujangga
Dambakan sentuhan sarjana perkasa
Ketahui dan ingatlah
Firman Yang Maha Pencipta
Engkau adalah sebaik-baik yang tercipta
Dan launglah merdeka ini
Bersama reda-Nya.

Nukilan Patriotik : Pak Ngah
30 Ogos 2006

Awas, Bahaya Berkahwin dengan Wanita-wanita ini !

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Ahad, Julai 05, 2009

Adakah Aku Tsa'labah Moden ?

Usahawan, sebagai manusia, tidak boleh dianggap sebagai salah satu daripada faktor pengeluaran. Kalau usahawan dianggap sebagai salah satu faktor pengeluaran, usahawan itu diturunkan status mereka kepada status faktor pengeluaran yang lain, seperti tanah, modal dan sebagainya yang dijadikan Allah untuk manusia.

Mereka akan mengeksploitasi sumber-sumber alam dan faktor-faktor pengeluaran yang lain secara berlebihan kerana antara mereka, termasuk usahawan itu sendiri sebagai salah satu faktor pengeluaran, terpaksa bersaing dengan faktor pengeluaran yang lain. Dalam banyak kes, usahawan begini bukan sahaja merendahkan statusnya kepada status faktor-faktor pengeluaran berkenaan, tetapi lebih dari itu menjadi hamba kepada faktor-faktor pengeluaran itu, dan seterusnya hamba kepada hasil pengeluaran. Dalam keadaan ini, tidak mungkin usahawan berkenaan dapat menggemilangkan Islam.

Bagaimanakah hamba kepada kebendaan, dan bukan hamba kepada Allah, boleh menggemilangkan Islam? Mereka yang menjadi hamba kepada kebendaan adalah manusia yang lemah dan tidak mempunyai tahap pengorbanan yang tinggi, sedangkan usaha menggemilangkan Islam memerlukan manusia yang kuat dalam pelbagai segi dan mesti melibatkan pengorbanan yang bukan sedikit.

Antara kemelut awal dalam sejarah manusia telah membuktikan bahawa jiwa pengorbanan yang rendah bukan sahaja tidak boleh menggemilangkan Islam, tetapi juga merosakkan perpaduan. Peristiwa Qabil-Habil cukup mengajar manusia tentang betapa lemahnya jiwa orang yang tunduk kepada kekayaan kebendaan dan boleh membawa kepada perpecahan sehingga menumpahkan darah. Apabila disampaikan oleh bapa mereka Nabi Adam kepada kedua-dua anaknya Qabil dan Habil tentang Allah memerintahkan mereka supaya memberikan pengorbanan (dalam bentuk zakat) daripada harta benda mereka, ternyata Qabil yang menjadi hamba kebendaan lebih dari hamba Allah SWT telah memenuhi kepentingan dirinya lebih daripada kepentingan Allah SWT dan agamanya. Qabil telah memberikan tanamannya yang busuk sebagai pengorbanan sedangkan yang elok-elok disimpan untuk kepentingan dirinya sendiri. Keadaan ini berbeza dengan Habil yang memberikan ternakan biri-birinya yang paling bagus dan paling disayanginya sebagai pengorbanannya kepada Allah SWT. Keburukan Qabil yang menjadi hamba kepada kebendaan itu sampai kepada kemuncaknya apabila beliau membunuh Habil yang telah ditetapkan oleh Nabi Adam berkahwin dengan adik perempuan mereka yang lebih cantik berbanding dengan yang dijodohkan dengan Qabil. Jadi walaupun Qabil cemerlang dalam mengendalikan perusahaan tanamannya, namun beliau tidak dapat menggemilangkan Islam, malah merosakkan perpaduan, merosakkan diri adiknya malah merosakkan dirinya sendiri. Begitulah juga dengan Qarun pada zaman Nabi Musa dan Tsa'labah pada zaman Rasulullah s.a.w.

Dapat disimpulkan bahawa usahawan yang mampu menggemilangkan Islam ialah usahawan yang cemerlang mengikut definisi Islam itu sendiri. Dalam mengendalikan perusahaannya mereka, status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah tetap dipertahankan. Jiwa mereka kuat dan pengorbanan mereka adalah tinggi. Contohnya, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar Ibn Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Abdul Rahman bin ‘Auf pada zaman Rasulullah s.a.w, budak pengembala kambing dan Jariah di zaman Khalifah Saidina Umar Ibn Khattab. Saidina Abu Bakar mengorbankan kesemua hartanya untuk menggemilangkan Islam, manakala Saidina Umar tiga perempat, Saidina Uthman separuh dan Saidina Abdul Rahman tidak kurang juga banyaknya. Budak pengembala kambing dan Jariah (ertinya budak perempuan) di zaman Khalifah Saidina Umar pula menggemilangkan Islam melalui kejujuran masing-masing.

Manakala budak pengembala kambing takut menjualkan ternakan pengembalaannya tanpa diketahui tuannya kerana menyedari Allah SWT melihat perbuatannya, Jariah pula enggan menurut perintah ibunya mencampurkan susu dengan air kerana taat kepada larangan Khalifah dan sangat takut kepada Allah SWT. Kerana jujurnya Jariah, Saidina Umar mengambil Jariah sebagai menantunya. Secara ringkas ceritanya begini, pada satu malam, seperti malam-malam biasa, Saidina Umar sebagai khalifah mengelilingi Kota Madinah bersama pembantunya bernama Aslam. Setelah keletihan beliau bersandar di dinding sebuah rumah penjual susu dan tiba-tiba terdengar dari dalam rumah percakapan seorang ibu dengan anak perempuannya:

Ibu : Berdirilah dan campurlah susu itu dengan air.
Anak: Wahai ibu, apakah ibu tidak tahu ketegasan Amirul Mukminin sekarang dalam menjalankan perintah?
Ibu : Apa gerangan perintah itu?
Anak: Beliau telah menyeru kepada semua penjual susu, bahawa dilarang mencampuri susu dengan air!
Ibu :Hai anakku, orang ramai telah melanggar perintah itu, maka langgar pulalah olehmu, engkau berada di suatu tempat yang tidak boleh dilihat Umar dan tidak pula pembantunya, dan dia tidak akan tahu hal itu.
Anak: Jika Umar tidak tahu, tetapi Tuhan Umar pasti tahu. Demi Allah, saya bukanlah orang yang tergolong mentaatinya di hadapan orang ramai tetapi menderhakainya pada waktu sunyi.

Mendengar percakapan itu, Khalifah Saidina Umar berkata kepada pembantunya: “Tandailah rumah ini dan ingat tempat ini baik-baik!”. Keesokannya Saidina Umar menyuruh Aslam pergi memerhatikan rumah itu dan penghuninya dan didapati kedua-dua ibu dan anak itu adalah janda, dari kaum Bani Bilal. Saidina Umar lantas memanggil anaknya bernama Ashim dan dikahwinkan dengan Jariah yang jujur dan tinggi ketauhidannya itu. Daripada perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan bernama Laila Ummi Ashim yang kemudiannya berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan dan mendapat anak lelaki bernama Umar Ibn Aziz. Jariahlah nenek kepada Khalifah Umar Ibn Aziz yang terkenal telah menggemilangkan Islam pada zaman pemerintahannya. Daripada penghujahan di atas, jelas bahawa usaha menjadi usahawan cemerlang yang boleh menggemilangkan Islam mesti bermula dengan Islam sendiri. Hal ini tidak mungkin berlaku kecuali usahawan-usahawan Islam kembali mempelajari dan menghayati ilmu Islam.

Islam mempunyai empat sumber ilmu utama, yakni Al-Qur’an, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas Ulama. Dari empat sumber ilmu ini lahirlah dua bentuk ilmu yakni Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah. Ilmu Fardu Ain ialah kewajipan individu manakala ilmu Fardu Kifayah ialah kewajipan sosial. Ilmu Fardu Ain terbahagi kepada tiga bentuk, yakni ilmu Tauhid, ilmu Fikah dan Ilmu Tasauf. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang bersangkutan dengan akidah, ilmu fikah bersangkutan dengan syariat manakala ilmu tasauf bersangkutan dengan akhlak. Dari ketiga-tiga ilmu ini, hanya ilmu Fikah terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. Ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu-ilmu gunaan yang khusus, umpamanya ilmu perubatan, ilmu politik, ilmu pemerintahan, ilmu ekonomi, ilmu sosial, ilmu pembangunan, ilmu perniagaan dan sebagainya.

Usahawan yang belajar dan mengamalkan kedua-dua ilmu fardu ain dan fardu kifayah sahaja yang akan jadi cemerlang dan oleh itu akan dapat menggemilangkan Islam. Ilmu fardu ain akan meningkatkan iman dan takwa dan oleh itu meningkatkan kerohanian, manakala ilmu fardu kifayah meningkatkan kecekapan dan profesionalisme. Tidak mungkin seseorang usahawan dapat menjadi cemerlang dan menggemilangkan Islam kalau mereka hanya mempunyai kecekapan dalam mengendalikan ilmu fardu kifayah, dalam kes ini ilmu keusahawanan, sekiranya mereka tidak mempelajari dan mengamalkan ilmu fardhu ain. Begitulah juga sebaliknya.

Para usahawan Islam merupakan sebahagian dari masyarakat Islam yang penting. Mereka boleh menggemilangkan Islam. Untuk ini mereka mestilah mempunyai dua asas yang penting. Pertama, mereka mesti menjadi usahawan yang cukup sebagai seorang manusia sepertimana ditetapkan oleh Islam, yakni manusia yang mempunyai gabungan rohani dan jasmani yang hidup di dunia ini untuk memenuhi janji mereka dengan Allah sebagai hamba dan khalifah Allah. Kedua, sebagai garis panduan, mereka mestilah berilmu dengan ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan bersumberkan Al-Qur’an, Hadis, Ijma' dan Qiyas Ulama, dan mengamalkan ilmu-ilmu berkenaan dengan sebaiknya.

Cuba kita ambil iktibar daripada satu kisah seorang sahabat Nabi yang amat miskin yang telah datang kepada Nabi sambil mengadukan tekanan ekonomi yang dialaminya. Tsa'labah, nama sahabat tersebut, memohon Nabi untuk berdoa supaya Allah memberikan rezeki yang banyak kepadanya. Pada mulanya Nabi menolak permintaan tersebut sambil menasihati Tsa'labah agar meniru kehidupan baginda sahaja. Namun Tsa'labah terus mendesak dan kali ini dia mengemukakan hujah yang diguna pakai dan didengari sehingga kini, "Ya Rasulullah, sekiranya Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan kepada setiap orang akan haknya".

Nabi kemudian mendoakan Tsa'labah. Tsa'labah mulai membeli binatang ternak. Ternakannya berkembang pesat sehingga dia terpaksa menjalankan kerja penternakan agak jauh dari Madinah. Seperti yang diduga, setiap hari dia sibuk mengurus lading ternaknya. Ia tidak dapat lagi menghadiri solat jemaah bersama Rasulullah pada siang hari. Hari-hari selanjutnya, ternakannya semakin banyak; sehingga semakin sibuk pula Tsa'labah mengurusnya. Kini, dia langsung tidak dapat lagi berjemaah bersama Rasul. Bahkan menghadiri solat jumaat dan solat jenazah pun tidak dapat dilakukannya lagi.

Ketika turun perintah zakat, Nabi menugaskan dua orang sahabat untuk menarik zakat dari Tsa'labah. Sayang, Tsa'labah menolak mentah-mentah utusan Nabi itu. Ketika utusan Nabi datang hendak melaporkan sikap Tsa'labah ini, Nabi menyambut utusan itu dengan ucapan beliau, "Celakalah Tsa'labah!" Nabi murka, dan Allah pun murka! Saat itu turunlah tiga ayat daripada surah at-Taubah yang kira-kira bermaksud: "Dan di antara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah. Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang salih."

Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran). Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan (juga) karena mereka selalu berdusta. Tidaklah mereka tahu bahawasannya Allah mengetahui rahasia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui yang ghaib?"

Tsa'labah mendengar ada ayat turun mengecam dirinya dan mulai ketakutan. Segera dia menemui Nabi sambil menyerahkan zakatnya. Akan tetapi Nabi menolaknya,"Allah melarang aku menerimanya." Tsa'labah menangis tersedu-sedu. Setelah Nabi wafat, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Abu Bakar, kemudian Umar, tetapi kedua-dua Khalifah itu menolaknya. Tsa'labah meninggal pada masa Utsman.

Di manakah Ts'alabah sekarang? Jangan-jangan kitalah Tsa'labah-Tsa'labah baru yang dengan linangan air mata memohon agar rezeki Allah turun kepada kita, dan ketika rezeki itu turun, dengan sombongnya kita lupakan ayat-ayat Allah. Bukankah kita dengan alasan sibuk berbisnes dan tidak lagi sempat solat lima waktu. Bukankah dengan alasan ada "meeting penting" kita lupakan perintah untuk solat Jumaat. Bukankah ketika ada yang meminta sedekah dan zakat, kita ceramahi mereka dengan cerita bahawa harta yang kita miliki itu hasil kerja keras, siang-malam membanting tulang; bukan turun begitu saja dari langit, lalu mengapa orang-orang mudah sahaja minta sedekah tanpa harus bekerja keras.

Kitalah Tsa'labah....Tsa'labah ternyata masih hidup dan "mazhab"-nya masih kita ikuti... Konon, ada riwayat yang memuat saran Nabi Muhammad SAW, "Bersedekahlah, dan jangan tunggu satu hari nanti pada saat engkau ingin bersedekah tetapi orang miskin menolaknya dan mengatakan 'kami tidak perlukan wangmu, yang kami perlukan adalah darahmu'!"

Dahulu Tsa'labah menangis di depan Nabi yang tak mau menerima zakatnya. Sekarang, jangan-jangan kita bukan hanya akan menangis namun berlumuran darah ketika orang miskin menolak sedekah dan zakat kita! Na’u zubillah.
والله أعلم