Bayangkan benda ini berlaku pada anda...
Pada suatu hari ketika bersolat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa-apa kecuali dua biji mata dan membawa mesingan lalu salah seorang lelaki tu bertempik :
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu sekarang."
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri. Lebih kurang 20 orang daripada jumlah yang 1,000 tadi tinggal yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan solat Jumaat" sambil kedua-dua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersolat Jumaat berjemaah.
Bagaimana.. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...:
"Lawakkan, daripada 1,000 orang yang mengaku dirinya Islam hanya 20 orang sahaja yang betul-betul beriman ? "
"Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupakan ALLAH apabila menghadapi bahaya. Kedua-dua lelaki hanya membawa mesingan dan mereka tidak kata pun nak bunuh, tetapi generasi sekarang amat lemah. Baharu kena ugut terus lari lintang pukang. dan lalu lupa yang mereka belum bersolat Jumaat lagi."
"Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, itu pun bila waktu solat Jumaat. Tunjuk muka kepada orang kampung dan ada yang lebih dashyat dua kali setahun sahaja iaitu ketika bersolat sunat hari raya. Itu pun kalau betul fiilnya."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang dituliskan oleh suratkhabar dan media massa daripada apa yang tercatat dalam al-Quran"
"Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tetapi masih tetap berlumba-lumba mengejar dunia."
"Lawakkan, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi hendak berdoa kepada ALLAH mengatakan tiada cukup masa."
Dan lebih lawak lagi, apabila kita boleh pos banyak thread atau emel yang berunsur lawak jenaka dan lucah kepada semua rakan tetapi merasa berat hendak berkongsi dan hantar artikel-artikel yang berunsur agama.
Lawak kan??? Kenapa gelak ? Itukan realiti... tetapi yang paling lawak, berapa orangkah selepas membaca artikel ini akan menyampaikannya kepada orang lain ? Berapa orangkah yang akan membuka thread ini untuk meluangkan masa dengan membaca? Berapa banyak????
Wallahu a'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan